Pages

Translate

Wednesday, May 22, 2013

ULCER : Cara kurangkan sakit ulser bawah lidah.

Assalamualaikum.


Ulcer, nobody want it. Nampak kecik tapi sakit pergh boleh buat orang takde selera makan. Yang mulut macam kak kiah pun tetibaa boleh jadi pendiam. Begitulah kehebatan ulser ni. Boleh dikatakan aku setiab bulan dapat ulser ni, doktor cakap sebab asid tinggi ke apa tah. So, disebabkan tak tahan dengan sakit ulser ni macam-macam cara aku dah try.




Antara cara yang aku dah guna.


1. Guna bonjela. Dah lah rasa tak sedap wakaka ( Tak berkesan pun )

2. Guna orrepaste, yang ni rasa dia macam makan gula-gula mint. Tak pedih kalau letak kat tempat ulser. ( Ok jugak la)

3. Ini kita guna traditional ways ye. Instead of letak garam yang maha sakit tu aku letak asam keping. Gunting lah bagi kecik sikit pastu tekan kat tempat ulser haa ni pun sakit gak cuma kurang satu level dari garam, siap menitis air mata syawal. Tapi kesan dia dah boleh nampak seawal sehari. Memang berkesan, tapi kena rajin la letak dalam sejam sekali ke.

4. 

Oral aid letak sekali je haha saje nak test so tak tau la kesan dia apa. Tapi lepas letak gengigel dalam 3,4 kali terus elok dah ulser tu. Alhamdulillah. 

Selain tu, aku kumur jugak tetiap hari dengan air garam nak baik punya pasal. Overall, lepas test macam-macam cara hilang lah ulser aku dalam 4 hari sahaja. Ulser aku bawah lidah so memang pedih kaw-kaw punya. Hope membantu lah korang. Bye!


Tuesday, May 07, 2013

Big bad wolf books sale.

Assalamualaikum.


First time Big bad wolf  buat kat kuantan. Happy gila uolls. For books lover don't miss the chance if bbw come to your area. Benda sama tapi boleh dapat murah siapa tak suka kan hikhik. Hari tu usha kat mph & popular satu buku ni dalam Rm 30 something then ternampak kat bbw jual dalam Rm8 je. BBIM dah lama habis kat Popular. Even buku yang pakai BB1M tu tak habis dibaca lagi nak juga beli kat BBW. 3 kali trip gi sana. Mujur tak de lah tunggu lama sangat masa nak bayar walaupun ada dalam 4 cashier je kot. Mostly memang novel in English la kan, novel melayu pun ada jugak. Photography, sport, cooking and travel section pun ada.


Yang ni pakai BB1M

Yang ni semua kat Big Bad Wolf. Children books tu semua nak kasi  kat anak-anak  cousins 

Almost four hours dok melilau cari buku best tapi yang ni je jumpa.  Tak puas hati lagi masa first trip.

2nd trip jumpa Harry Potter Popup books.
Siap ada tickets pergi Hogwarts, Luna spectacles wuhuuu suka I uols .

2nd trip dapat buku-buku ni semua.
Yayy I'm a happy girl. 

Currently tengah baca buku ni. 

Memang puas hati lah pergi BBW. Range harga semurah rm3. Mostly novel dalam Rm8.
Hope next year datang lah kuantan lagi yek hihi.










Tuesday, January 29, 2013

Latihan Industri (LI)



Assalamualaikum.


Nak pergi LI untuk 1st day sama nervesnya macam nak masuk sekolah/kolej masa hari pertama cuma bezanya office ni cuma kita je orang baru kat situ dan diorang ni buka sebaya dengan kita kebanyakkan dah anak pun so kena pandai adapt dengan new environment gitu. Aku share la apa yang aku buat masa 1st day LI ye.


1. Iron baju awal-awal sebelum nak pergi workplace. Tidur awal dan bangun awal kiranya semua awal la.
2. 1st impression tu penting ye kawan-kawan. Pakai biar kemas, calit la sikit bedak kat muka tu and perfume untuk menghindarkan bau badan tapi jangan over use sampai semua orang boleh bau pulak (ladies). Yang lelaki dibenarkan pakai sampai satu office boleh bau wahaha.
3. Pakai baju favourite korang, ada self confidence sikit kan bak kata lecturer aku lah.
4. Greet semua staff dengan senyuman.
5.1st day takde kerja? Tanya la staff kat situ ' Ada apa-apa yang saya boleh bantu' Nampak sopan sikit walaupun korang bukan jenis gitu. Kena pandai cover hehe.
6. Banyakkan communicate dengan supervisor biar dia comfortable dengan kita tapi jangan over friendly pulak, tak pasal-pasal dia rasa annoying unless la supervisor korang tu memang perrangai gila-gila.
7. Kalau dah dapat task terus buat. Tak faham tanya, sumbit on date. 1st day pun ada jugak yang dah dapat task.



Okay tu je rasanya yang penting, hope dapat tolong korang. All the best ye!

Dari meja office.10.41 am (Ye aku ada lagi 3 weeks untuk habiskan LI ni)

Thursday, January 03, 2013

Ketua Kelas

Assalamualaikum *cuci sawang kat blog*

Lamanya tak update blog sebab takde apa yang menarik pun recently. Before that, ini adalah post pertama untuk 2013. Haruslah kena bermakna kan?


Semalam bebudak sekolah especially darjah satu dah start sekolah. Ingat lagi dulu masa darah satu, dengan keadaan yang awkward masuk la kelas abah pulak tunggu kat luar kelas. Sambil cikgu membebel kat depan mata aku memang statik dekat abah aku konon-konon bagi warning jangan pergi mana-mana sekali kelas ni tak habis. Suddenly, cikgu tu tanya 'Siapa boleh eja nama saya kat papan hitam ni' Masa tu guna papan hitam lagi uolss. Krikkk, keadaan semua senyap je. Aku fikir tak kan sorang pun tak boleh eja. Dengan confidentnya aku angkat tangan dan eja nama cikgu tu. Cikgu tu cakap bagus dan terus tanya aku nak jadi ketua kelas tak apalagi terus angguk jela. Terima Cikgu Rosnah.  Ingat lagi nama dia sampai sekarang.

Tettt, lepas sepuluh minit ke macam tu lah, aku tengok Abah takde kat tingkap, nerves gila time tu aku pun ajak lah member sebelah cari abah. Pergi depan cakap kat cikgu nak pergi toilet padahal tapi entah camne cikgu tu dapat detect pulak aku menipu 'Awak nak cari Ayah awak ke? Dia tunggu awak kat kantin kot, sikit lagi nak rehat ni' Pandai dia psycho aku. Haha


Tapi yang hampehnya sepanjang aku jadi ketua kelas takde pun aku cakap 'Bangun semua, selamat pagi cikgu' Takde pun kitorang cakap serentak je. Yang nampak aku berkuasa sebagai monitor time tu bila beratur kat luar kelas je " Yang rendah kat depan' 'Angkat jatuh,luruskan barisan' dan masa cikgu tak datang duduk kat depan sambil catat nama student yang buat bising. Yang penting pilih kasih siapa yang rapat dengan aku, aku lepas gitu je. Hahaha, buruk benar perangai.  Gitu la serba sedikit pengalaman jadi ketua kelas ni. Akak harap adik-adik appreciate la masa sekolah ni. The best moment okay *Bukannya nak advice suruh study lol*

Until we meet again. Bye ! xoxo