Translate

Wednesday, July 27, 2016

TIPS MERAWAT VIRUS PARVO KUCING



UPDATE KUCING VIRUS PARVO.



Nowie adopt dari Sookie tahun lepas.
Hari pertama mulut dia keluar air liur,macam keluar darah gelap keliling mulut.
Hari kedua punggung keluar lendir,berbau & lalat pun hurung badan dia. Dah tak boleh berjalan, lemah sangat. Makan minum tak nak.
Hari ke5 dah start mengeow.
Hari ke6 keatas dah boleh berjalan & makan sendiri tapi tak selera lagi.
Hari ni alhamdulillah dah sihat sikit cuma selsema+mata berair sikit. Makan selera.
Ubat+supplement yang diberi. Memang kena paksa pakai syringe. Memang kesian tapi kena nak cepat sembuh kan.

1) TF (Transfer factor) bagi 2 kali sehari. 5 biji rm18 beli kat tulus juha
2) antibiotics sekali sehari ambik kat vet
3)vitamin sekali sehari ambik kat vet
4) air glucose 3 jam sekali 15ml (air sangat penting taknak bagi dia dehydrate) beli kat supermarket
5)dia taknak wetfood masa sakit ni, so blend ikan rebus sampai lembik betul. Force feed pakai syringe. At least makan sikit pun jadilah
6) bersihkan tempat dia guna clorox. Yang ni je boleh bunuh viros parvo (baca dalam artikel)
7) bagi immunol beli kat sookie. Beli yang liquid sebab dia susah nak makan pill


Hope membantu. Nanti esok or lusa nak bawak dia pergi vet. Check balik.
P/s: Paling penting jangan lupa asingkan kucing sakit & sihat.



Friday, January 22, 2016

HARRY POTTER MALAYSIA ONLINE MERCHANDISE

Okay I know tak semua mampu pergi universal studio Harry Potter.
Kat Malaysia pun tak banyak yang jual, kalau ada pun maha mahal.
Tengok Ebay harga not bad (selepas convert) tapi kos shipping tu hmmm


So I bring you the alternative way to collectHP merch. Go to @tumblrshop.my di instagram. Confirm rambang mata. Serious, ada scarf , wand , pocket watch, hoodie. Beb , mana nak dapat pocket watch snitch RM 35 ?! Go to @tumblrshop,my