Pages

Translate

Tuesday, November 29, 2011

Pegang anjing lagi baik dari bersentuhan dari yang bukan mahram?

Assalamualaikum ,


'Sweet nya korang,jeles la' berpuluh komen dan beratus 'like' yang dilemparkan diatas sekeping gambar di laman web social . The thing is perlu ke anda tunjuk ke-manisan dalam per-couple-an itu ?
Alahh , jeles letew. Tak aihh , tak jeles pun tapi perlu ke yang pengomen itu memberi sokongan padu kepada pengupload gambar sebegitu. Free hair or yang berhijab  sekali pun ramai je yang upload gambar berpegangan ,baru la nampak sweet gitu. Tapi kalau korang bukan dari tulang rusuk kiri lelaki itu camne ? Kesian kat future husband, dapat bekas yang orang dah sentuh sana-sini. Alah sentuh luar je pun , bukan buat apa pun . 

Aku ingat lagi ada sorang insan ni pernah kata 'pegang anjing lebih bagus dari pegang tangan bukan mahram' Gulp, banyak nye dosa aku bertempuk tampar dengan kawan lelaki dulu. Tapi itu dulu ,ada masa lagi kita nak berubah. Mesti ada yang cakap 'Eleh ,owner blog ni macam bagus sangat je' 
I'm not a good muslim either tapi sekadar mengingatkan antara satu sama lain.

Haa , lagi satu kalau tak nak dapat dosa kering tak payah like or komen gambar2 macam tu. Lebih kurang macam korang sokong pulak perbuatan tu . If betul sayang, jangan la sentuh-sentuh gf anda tu. Jaga la maruah dia. Orang kata bercinta lepas kahwin lagi seronok tau. Delete la gambar 'sweet' dari pandangan public.Tak manis gitu, harap-harap tak jadi kat diri aku bak kata pepatah ' Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih' 





Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala

yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah



Dan realiti hari ini, bersentuhan antara berlainan jantina dianggap biasa .


Informasi tambahan : Hukum memelihara anjing ,Imam Nawawi berkata, Haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan.



BATU SEREMBAN & CEPER .

Assalamualaikum ,

Tiba-tiba terasa nak tulis entry lepas bersembang dengan roomate beberapa minggu lepas. Sekarang dah start cuti sem pun, punya lama masa nak ambik up satu entry padahal kalau buat ujian penulisan siap ada masa extra satu jam then mula operasi menconteng kertas. Mentang-mentanglah la kertas free. 


During my time *1999-2005*



 Batu seremban ! Who remembered about this game? Ahaaa , I’m one of the greatest player of batu seremban games when I was 11 I guess. *tipu padahal selalu hilang turn* Hek eleh, batu je pun nak kecoh apa. Kecoh kau cakap? Try tengok, game ni sangat memerlukan kesabaran & skill yang agak mantap. Imagine that one game have maybe 5-6 player at that time. Sekali ‘mati’ kena tunggu turn balik. Kalau sorang-sorang punya skill hebat gila lagi la parah. Dah sampai level berapa, each level lain pulak cara main dia. But too bad , I can’t remember it. Macam-macam nama ada setiap level tu. Paling senang batu cina kot. Haha , kalau kat sekolah tak ingat nak bawak batu kutip jela pemadam sorang satu cukup lima pemadam boleh la start game. Kreatif kan kami budak budak dulu? 




Hahh , lagi satu ceper . Ingat tak permainan lebih kurang macam batu seremban tapi korang kena guna penutup tin ; dari mana tah kutip tin botol dan main dia bukan lambung macam batu seremban tapi main jentik . Fuhhh , aku lagi hancur kalau main ceper. Lelaki suka sangat la main benda alah ni, lepas tu bet dengan budak perempuan. Kalau budak perempuan nak bet lelaki pulak suruh main batu seremban . Haha , cam tu je la. So sweet kan kitorang budak dari early 90's ni?  Tak payah keluar duit pun , kalau keluar duit pun tak sampai RM1 itu pun beli aiskrim panjang yang pelbagai perisa seposen satu. Aiskrim milo sedap woo! Tolong la faham , zaman dulu keluar gi padang mak bagi paling banyak rm2 , itu pun dah kira heaven.

Tapi serious la , rindu sangat zaman sekolah rendah. Sekarang dah banyak berubah. Zaman dah berubah,dunia makin maju pemikiran pulak makin mundur . Okay tanak bebel banyak, babai =D






Saturday, November 26, 2011

PHOTOSHOP TUTORIAL : Macam mana nak edit vintage tone/effect

Assalamualaikum ,

So , cuti sem dah start dan aku terkandas di rumah seperti katak di bawah tempurung.

Then, ada orang request macam mana nak edit vintage tone. Ye, hari tu dah buat tapi version photoscape yang ni version Photoshop. Before that , please jangan marah  if aku salah teknik ke apa. Ni aku main taram je pun .Baru nak explore benda alah ni. So , here we go.



Before

After

1st : After dah open image yang korang nak. Go click  kat layer ,then go to new fill layer & click gradient .
Sorry nak cepat so malas nak show step by step. Tulis pun dah cukup kot,

2nd : After click gradient tu akan keluar macam ni . Then kat mode tu pilih screen or lighten, soft lighten. Color & opacity tu ikut citarasa korang . Then tekan ok.

3rd :  After click ok , dia akan keluar macam ni pulak . Choose la type of color gradient yang korang berkenan . Style or angle pun boleh pilih ikut suka hati . After that click OK.



4th : Click kat file => save as .

Last step : Choose format jpeg .

Okay done , try it by yourself .Ada problem boleh tanya :)
Ouh ye click je kat gambar untuk lebih jelas. Babai 

Monday, November 21, 2011

CONTOH GAMBAR DARI NIKON D3100 + KIT LENS 18-55 MM

Assalamualaikum ,

Ada orang tanya , berbaloi ke nak beli d3100 ni , best ke guna , okay ke. For me as long as korang pandai handle okay je . Aku guna dah dekat 8 bulan , takde masalah pun .Let say kawan korang cakap d3100 tak best , beli la yang up sikit sebagai contoh D90. Ikut budget korang , kalau banyak duit beli la yang up sikit TAPI kalau korang ni beginner or just untuk hobi / fun better beli je yang entry level . Entry level takde build-in motor focusing? Guna la manual focus,ada apahal. Relax je kalau ada kata-kata yang annoying untuk didengar. Siapa kata d3100+kitlens tak okay. Pandai explore best la hasil gambar tu.

Tak silap sekarang d3100 boleh dapat dalam RM 1800 , affordable la compared to others but again tanya diri dulu kalau betul-betul serious or ada duit lebih beli la terus yang upper level. But for me, I'm comfortable using this model, no problem at all . Belajar basic dulu, explore sampai habis jangan salahkan kamera kalau tangan & mata korang yang tak betul. Tak nak tulis panjang-panjang , heee lain kali aku update lagi pasal this thingy.


SAMPLE GAMBAR DARI D3100













Monday, November 07, 2011

Pemikiran orang kita

Assalamualaikum .

Hari ni rasa nak up entry macam ni . Rasa sakit telinga pulak dengan ayat-ayat macam ni 'Alah pakai tudung labuh tapi mengumpat buat apa' , 'harap je pakai kopiah , selalu pergi surau tapi selalu je pergi date' . Pernah dengar statement macam ni? Aku rasa mesti ada punya, at least statement yang lebih kurang macam ni. Bukan lah aku nak sokong perbuatan salah diorang tu tapi pernah dengar statement macam ni, ' Ish dah la pakai baju seksi suka mengumpat pulak' Kurang kan . Then one more thing , 'eeee dah la pakai tudung , jadi penyanyi pulak' dah tu kenapa tak cakap benda yang sama kat penyanyi yang free hair terdedah sana-sini.




Sedarkah kita, diorang yang bertudung labuh atau berkopiah sekali pun tetap manusia biasa don't to be harsh to judge their action. Diorang at least cuba untuk menjadi muslim dan muslimah yang baik. If you got what I mean. 

Me,myself cuba juga untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni . 


Before you judge another Muslim, don't think of them as a bad Muslim. Instead , think of them as someone struggling with Islam. Advice and support them:)