Pages

Translate

Wednesday, December 24, 2014

Pray For Pantai Timur.

Assalamualaikum,


Area rumah korang ke tak, ada yang duduk kat area selalu kena banjir?
Alhamdulillah rumah aku tak pernah kena tapi taman-taman yang dekat ada jugak yang naik air.

Sekarang ni penuh dekat TL pasal banjir. Ada yang tweet kat PM suruh batalkan program tahun baru dan salurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Yes! I strongly agree *ayat muet*
Rumah sepupu aku tak pernah kena teruk macam ni dia duduk kat kampung Pulau Ketam, rumah kampung yang ada tangga nasib baik tinggi kalau tak memang tenggelam dah. Dulu masa aku kecik-kecik selalu tunngu air pasang waktu malam haha semata nak main air walhal kotor euwww baru sedar dah besar ni. Kalau banjir naik atas paras buku lali je memang budak kecik seronok sangat macam pesta air dah tapi this time hmm memang teruk.


Nasib baik tinggi, kalau orang macam aku ni memang goodbye la



I cannot help thinking about animal la, how can they survive? Ada makanan ke tak hmm.
Every year, it's getting worse. Sejuk memang best tapi kesian kat siapa-siapa yang kena.
Imagine that barang-barang rumah semua rosak, duduk pulak kat pusat pemulihan no privacy at all, toilet nak kena share reramai etc so uncomfortable but apart from all that alhamdulillah diorang selamat.


Takde wonderpet pun takpe kalau ada ramai orang macam abang ni, major respect tau !



.
Uish tengok gambar pun Ya Allah.

Courtesy photos from twitter. Kalau nak info pasal jalan mana yang tutup ni boleh la shout out kat twitter @twt_pahang


P/s : Thanks for those who asking me about my situation. Alhamdulillah tak kena, kawan lain yang sepi tak bertanya khabar tu apa cer? Krik ktik je, time susah baru hang nak contact kan.


Lastly, pray for pantai timur. 

Tuesday, December 23, 2014

New Resolution. Again?

Assalamualaikum.


Hello blog yang takde penghuni. Lagi berapa hari dah nak 2015, tahun baru yeay! Eh hello, Islam dah sambut tahun baru okay hari tu. *nada lembut* Dulu masa kecik aku eksaited betul kalau nak dekat Hari Krismas ni padahal bukan Malaysia ada salji pun. Setiap kali krismas kan mesti setiap channel TV siarkan movie best maklum lah dulu mana ada Astro kat rumah.


Terus-terang aku cakap aku takde azam baru pun 2015 ni. Tahun 2009 punya azam pun tak tercapai lagi sibuk nak azam 2015. Tapi kan dulu masa masuk tahun baru excited gila aku, yeaa mana tak seronoknya dapat beg,kasut baru yang paling penting pensil case disney wahh meriah weh dengan keychain bagai sangkut kat pencil case tu bling-bling gitu. Pen macam-macam kaler ada. Ah seronoknya dulu, baru tahu kenapa orang cakap zaman sekolah tu seronok :') Bayang lah, cuti sekolah dua bulan tak jumpa kawan-kawan semua bukak je tahun baru masuk asrama kalah gossip girl semua berebut hokay nak cerita pasal diri masing-masing sampai cramp mulut.

Nak cop katil bawah semua kan macam lah tak tau korang tu dulu macam mana hehe.
The more I grow the less excited I am. Weh jangan ada grammar nazi kat sini, even though aku student English tapi tak bermaksud aku perfect grammar hokay sebab dapat C subjek tu how dare u madam kasi I C+ hahahaha.



Bangun pagi dapat hadiah seronoknya you all, aku selalu imagine kat Malaysia ni ada ke Santa sebab dalam movie kan Santa masuk kat cerowong asap tu kan haha



Next year dua bestfriend aku nak kawin oi. Excited okay.
Next year aku just berharap aku dapat survive dengan good memories.
Next year...... hmm takde apa dah kot itu je. 

Psssst aku teringin nak gi travel, jom saving dari sekarang. Try usha trip adik-beradik yang guna caravan tu 2015 fully booked. Wow kagum. 


Okay see you later thisnotyours.blogspot.com

Tuesday, December 16, 2014

Cliche Question.

Assalamualaikum.


Lama gila tak update blog rasa awkward nak taip apa rasa macam hilang kat dunia alice in the wonderland. Okay hiperbola. Malay culture, aku tak tahu la kalau bangsa lain other than Malay pun buat macam ni.

No offense, aku pun Malay. It's something like this, kita pergi rumah kawan/jiran/etc then diorang nak pergi dapur hidangkan air sebolehnya lah taknak menyusahkan orang 'Eh tak payah la buat air, datang kejap je eh takpe tadi dah minum padahal kalau tuan rumah tak hidang air kemain dalam hati mengata hahahaha (aku lah tu) compared dengan western culture sometimes owner tak pelawa pun diorang yang mintak, 'would you mind making me some tea?or bila tuan rumah nak pergi buat air diorang akan jawab yes, just a spoon of sugar please. Haa kan senang, ni macam nak main ragbi bersungguh tolak pelawaan tuan rumah. I've been in this situation more than 3 time I told yaa. Lagi satu western culture ni kalau tetamu cakap taknak memang terus diorang tak buat air opposite dengan kita ni.   

Ni kenapa tiba-tiba gambar macam ni ada kena mengena dengan entry ke?
Saja nak kabor Heroes reborn 2015



One more things, ada je benda yang kita nak tanya kan padahal kadang-kadang tak rapat mana pun ni biasa makcik-makcik la.



'Trial hari tu dapat berapa' = anak saya straight A's
'Sekolah kat mana' = anak saya MRSM/SBP 
'Result UPSR.PT3,SPM berapa' = (korang boleh agak sendiri)
'Dapat universiti kat mana'
'Kerja kat mana'
'Bila nak kawin'
'Anak berapa orang'

Dan seterusnya lahhh. Kalau sorang tanya boleh la kau hadap ni each time kalau kenduri, raya sepuluh orang tanya haaa. Eeeee padahal tak suka orang tanya sebab result so-so je hahahhaa kalau aku dapat straight A's orang tak tanya pun aku bagitau je lol


Hmm, random entry again. Until then, adios peeps!