Pages

Translate

Wednesday, December 24, 2014

Pray For Pantai Timur.

Assalamualaikum,


Area rumah korang ke tak, ada yang duduk kat area selalu kena banjir?
Alhamdulillah rumah aku tak pernah kena tapi taman-taman yang dekat ada jugak yang naik air.

Sekarang ni penuh dekat TL pasal banjir. Ada yang tweet kat PM suruh batalkan program tahun baru dan salurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Yes! I strongly agree *ayat muet*
Rumah sepupu aku tak pernah kena teruk macam ni dia duduk kat kampung Pulau Ketam, rumah kampung yang ada tangga nasib baik tinggi kalau tak memang tenggelam dah. Dulu masa aku kecik-kecik selalu tunngu air pasang waktu malam haha semata nak main air walhal kotor euwww baru sedar dah besar ni. Kalau banjir naik atas paras buku lali je memang budak kecik seronok sangat macam pesta air dah tapi this time hmm memang teruk.


Nasib baik tinggi, kalau orang macam aku ni memang goodbye la



I cannot help thinking about animal la, how can they survive? Ada makanan ke tak hmm.
Every year, it's getting worse. Sejuk memang best tapi kesian kat siapa-siapa yang kena.
Imagine that barang-barang rumah semua rosak, duduk pulak kat pusat pemulihan no privacy at all, toilet nak kena share reramai etc so uncomfortable but apart from all that alhamdulillah diorang selamat.


Takde wonderpet pun takpe kalau ada ramai orang macam abang ni, major respect tau !



.
Uish tengok gambar pun Ya Allah.

Courtesy photos from twitter. Kalau nak info pasal jalan mana yang tutup ni boleh la shout out kat twitter @twt_pahang


P/s : Thanks for those who asking me about my situation. Alhamdulillah tak kena, kawan lain yang sepi tak bertanya khabar tu apa cer? Krik ktik je, time susah baru hang nak contact kan.


Lastly, pray for pantai timur. 

Tuesday, December 23, 2014

New Resolution. Again?

Assalamualaikum.


Hello blog yang takde penghuni. Lagi berapa hari dah nak 2015, tahun baru yeay! Eh hello, Islam dah sambut tahun baru okay hari tu. *nada lembut* Dulu masa kecik aku eksaited betul kalau nak dekat Hari Krismas ni padahal bukan Malaysia ada salji pun. Setiap kali krismas kan mesti setiap channel TV siarkan movie best maklum lah dulu mana ada Astro kat rumah.


Terus-terang aku cakap aku takde azam baru pun 2015 ni. Tahun 2009 punya azam pun tak tercapai lagi sibuk nak azam 2015. Tapi kan dulu masa masuk tahun baru excited gila aku, yeaa mana tak seronoknya dapat beg,kasut baru yang paling penting pensil case disney wahh meriah weh dengan keychain bagai sangkut kat pencil case tu bling-bling gitu. Pen macam-macam kaler ada. Ah seronoknya dulu, baru tahu kenapa orang cakap zaman sekolah tu seronok :') Bayang lah, cuti sekolah dua bulan tak jumpa kawan-kawan semua bukak je tahun baru masuk asrama kalah gossip girl semua berebut hokay nak cerita pasal diri masing-masing sampai cramp mulut.

Nak cop katil bawah semua kan macam lah tak tau korang tu dulu macam mana hehe.
The more I grow the less excited I am. Weh jangan ada grammar nazi kat sini, even though aku student English tapi tak bermaksud aku perfect grammar hokay sebab dapat C subjek tu how dare u madam kasi I C+ hahahaha.



Bangun pagi dapat hadiah seronoknya you all, aku selalu imagine kat Malaysia ni ada ke Santa sebab dalam movie kan Santa masuk kat cerowong asap tu kan haha



Next year dua bestfriend aku nak kawin oi. Excited okay.
Next year aku just berharap aku dapat survive dengan good memories.
Next year...... hmm takde apa dah kot itu je. 

Psssst aku teringin nak gi travel, jom saving dari sekarang. Try usha trip adik-beradik yang guna caravan tu 2015 fully booked. Wow kagum. 


Okay see you later thisnotyours.blogspot.com

Tuesday, December 16, 2014

Cliche Question.

Assalamualaikum.


Lama gila tak update blog rasa awkward nak taip apa rasa macam hilang kat dunia alice in the wonderland. Okay hiperbola. Malay culture, aku tak tahu la kalau bangsa lain other than Malay pun buat macam ni.

No offense, aku pun Malay. It's something like this, kita pergi rumah kawan/jiran/etc then diorang nak pergi dapur hidangkan air sebolehnya lah taknak menyusahkan orang 'Eh tak payah la buat air, datang kejap je eh takpe tadi dah minum padahal kalau tuan rumah tak hidang air kemain dalam hati mengata hahahaha (aku lah tu) compared dengan western culture sometimes owner tak pelawa pun diorang yang mintak, 'would you mind making me some tea?or bila tuan rumah nak pergi buat air diorang akan jawab yes, just a spoon of sugar please. Haa kan senang, ni macam nak main ragbi bersungguh tolak pelawaan tuan rumah. I've been in this situation more than 3 time I told yaa. Lagi satu western culture ni kalau tetamu cakap taknak memang terus diorang tak buat air opposite dengan kita ni.   

Ni kenapa tiba-tiba gambar macam ni ada kena mengena dengan entry ke?
Saja nak kabor Heroes reborn 2015



One more things, ada je benda yang kita nak tanya kan padahal kadang-kadang tak rapat mana pun ni biasa makcik-makcik la.



'Trial hari tu dapat berapa' = anak saya straight A's
'Sekolah kat mana' = anak saya MRSM/SBP 
'Result UPSR.PT3,SPM berapa' = (korang boleh agak sendiri)
'Dapat universiti kat mana'
'Kerja kat mana'
'Bila nak kawin'
'Anak berapa orang'

Dan seterusnya lahhh. Kalau sorang tanya boleh la kau hadap ni each time kalau kenduri, raya sepuluh orang tanya haaa. Eeeee padahal tak suka orang tanya sebab result so-so je hahahhaa kalau aku dapat straight A's orang tak tanya pun aku bagitau je lol


Hmm, random entry again. Until then, adios peeps!

Sunday, September 28, 2014

Kolej Allamanda Unimas

So hello there peeps.


Goodbye Allamanda, thanks for the memories.



Dah blah baru nak update pasal kolej ni.
Nahhh, not a really close details la just a brieft about it.
Yang buatkan Allamanda ni lain daripada kolej lain is that ada 2 blok international students kat sini.
Yeayyy, international students siot, padahal ....... okay just ignore it hihi.
Ada dua cafe kat sini, kira takde masalah sangat la kalau korang ni tak memilih makan.
Dekat dengan pavilion student which are kat situ ada saloon, maxis centre, kedai runcut, 7e  memang 24 hours bukak unless lain time tu World Cup season. Staffs dia lari pergi tengok match hahaha. Kalau korang ni dapat fakulti FSTS, FK & FIT tahniah la sebab dekat. Kalau yang dapat fakulti lain hm sadis sikit la korang kena meredah tasik, jangan risau kat sini ada buat perkhidmatan sampan 50 sen okay tak gurau okay gurau *nada serious*



Pavillion student dekat je dengan kolej Allamanda, no worries.

Laluan ke jabatan cinta bak kata diorang

Fakulti aku seberang tasik oi penat hari-hari jalan ke fakulti


Kalau taknak guna jambatan cinta, guna la fly over gitew




Bas kan hadooo (padahal hari2 aku jalan kaki pergi fakulti) kalau korang malas tunggu bas pergi jelah meredah jambatan cinta untuk ke fakulti seberang.
Bilik study ada dua kat sini, satu yang ada air-cond satu lagi yang ada kipas.
Wifi ada tapi depends bilik mana yang korang dapat la.

Kat Unimas tu takde konsep dorm ke apa tapi konsep apartment hokay curlass kau jah.
Satu blok ada 4 aras, satu aras ada 4 rumah. Dalam satu rumah tu ada 2 single room and 3 double room, 1 living room, 2 sit toilets and 2 showers. Tema warna Allamanda ni OREN, striking giteww.





Kafe Merah dekat dengan Kolej Dahlia

Blok K4A sebelah dengan court, bawah office depan kafe.

Welcome to Allamanda !

Tempat student practices tarian.

Kat kolej Allamanda ni banyak court serupa kolej sukan dah aku tengok



Kat Unimas boleh dikatakan hari-hari dapat tengok sunset.


Malas dah nak taip panjang cuma nak bagitau jpkA 13/14 kolej Allamanda cool gilak ehhhh hahaha. Adios!


Tuesday, July 08, 2014

Kolej Professional MARA Indera Mahkota (KPMIM)







Assalamualaikum,

Heyya guys !

Rasa macam baru semalam masuk KPMIM *ayat cliche* tapi sedar tak sedar dah almost two years tinggalkan zaman diploma. It was the best moment in my life. Apa khabar lecturers yang sempoi kat sana?Mana nak cari lecturer yang ingat semua nama student oi.

Kenapa pilih KPMIM?

Ni nama dia Dewan Cerun sebab memang cerun gila nak turun tangga haha
1 : Course yang ditawarkan menarik perhatian aku English in Communication (Decom)
2: Yuran rendah gila (RM120) + Elaun setiap bulan. Nope tak payah bayar balik unless cgpa kau bawah 2.
3: Sistem pembelajaran kat sana diorang seimbangkan skill dan teori. Bukan asyik baca notes+slides


Tapi rules kat sini agak strict tapi tak la se-strict sekolah cuma dress code kat sini adalah formal means hari-hari kau ke kelas pakai baju kurung, kemeja,tie and slack.Tak susah pun seriously.Masa outing cuma lah hari Jumaat-Ahad.

Kat sini siapa dapat 3.5 ke atas kitorang tak panggil Dean list tapi COPA. 3.7 pulak kita panggil MOPA
and the good news is kalau at the end of semester CGPA kau dapat 3.5 + kemungkinan besar kau akan dapat further study nun di Australia, New Zealand or London. Akak ni biasa-biasa je dik mampu sambung kat 'overseas' gak tapi kat Sarawak la haha *lawak hambar*












Accommodation.

Ada 2 kafeteria, satu yang kat tengah tu ada dalam 4 gerai kot. Satu yang kat cerun tu cantik gila view dia macam kau makan atas bukit gitew.

Hostel perempuan ada 2. Masa aku still kat kolej dulu kitorang panggil hostel Impian & Jerjak
Hostel lelaki ada satu.Ada padang dan court untuk korang bersukan, jangan risau.

Nak tunjuk gambar pun, semua gambar dah takde sebab external rosak T.T
Habis semua memory kat situ. Ada pu berapa ketul je gambar.
Tapi kalau korang nak tengok video kat sekitarKPMIM boleh la click NI.



Tugu KPMIM, 1001 cerita ada kat sini.



 Btw, aku batch 2010.
Adios peeps!


Saturday, June 21, 2014

Hilang.

Hi,

Dah hampir setahun baru nak update blog. Hekeleh sangat, tak aku tak nak kasi alasan cliche " Busy doh nak update blog. takde masa" dan sewaktu dengannya.

Last time aku update, masa aku tunggu result UPU untuk degree keluar.

Tup tup, aku dah habis sem 2 pun sekarang. Nampak tak betapa lamanya tak update blog.
Yang sebetulnya ada banyak cerita menarik, aktiviti best untuk dikarang tapi MALAS.
Serious malas gilaaaa. Gila pun tak malas macam ni. Sekarang boleh la kot kalau nak update story sebab dah habis payyyper *gaya johan* Gigih pulak aku nak update kan.







Followers yang selalu baca blog ada jugak tanya mana hilang.
Tak hilang cuma malas nak update. Giteww.


Komen yang tak ber-reply tu pun sorry, aku tak rajin bukak blog sendiri T.T
Until then, adios peeps !