Pages

Translate

Tuesday, January 29, 2013

Latihan Industri (LI)



Assalamualaikum.


Nak pergi LI untuk 1st day sama nervesnya macam nak masuk sekolah/kolej masa hari pertama cuma bezanya office ni cuma kita je orang baru kat situ dan diorang ni buka sebaya dengan kita kebanyakkan dah anak pun so kena pandai adapt dengan new environment gitu. Aku share la apa yang aku buat masa 1st day LI ye.


1. Iron baju awal-awal sebelum nak pergi workplace. Tidur awal dan bangun awal kiranya semua awal la.
2. 1st impression tu penting ye kawan-kawan. Pakai biar kemas, calit la sikit bedak kat muka tu and perfume untuk menghindarkan bau badan tapi jangan over use sampai semua orang boleh bau pulak (ladies). Yang lelaki dibenarkan pakai sampai satu office boleh bau wahaha.
3. Pakai baju favourite korang, ada self confidence sikit kan bak kata lecturer aku lah.
4. Greet semua staff dengan senyuman.
5.1st day takde kerja? Tanya la staff kat situ ' Ada apa-apa yang saya boleh bantu' Nampak sopan sikit walaupun korang bukan jenis gitu. Kena pandai cover hehe.
6. Banyakkan communicate dengan supervisor biar dia comfortable dengan kita tapi jangan over friendly pulak, tak pasal-pasal dia rasa annoying unless la supervisor korang tu memang perrangai gila-gila.
7. Kalau dah dapat task terus buat. Tak faham tanya, sumbit on date. 1st day pun ada jugak yang dah dapat task.



Okay tu je rasanya yang penting, hope dapat tolong korang. All the best ye!

Dari meja office.10.41 am (Ye aku ada lagi 3 weeks untuk habiskan LI ni)

Thursday, January 03, 2013

Ketua Kelas

Assalamualaikum *cuci sawang kat blog*

Lamanya tak update blog sebab takde apa yang menarik pun recently. Before that, ini adalah post pertama untuk 2013. Haruslah kena bermakna kan?


Semalam bebudak sekolah especially darjah satu dah start sekolah. Ingat lagi dulu masa darah satu, dengan keadaan yang awkward masuk la kelas abah pulak tunggu kat luar kelas. Sambil cikgu membebel kat depan mata aku memang statik dekat abah aku konon-konon bagi warning jangan pergi mana-mana sekali kelas ni tak habis. Suddenly, cikgu tu tanya 'Siapa boleh eja nama saya kat papan hitam ni' Masa tu guna papan hitam lagi uolss. Krikkk, keadaan semua senyap je. Aku fikir tak kan sorang pun tak boleh eja. Dengan confidentnya aku angkat tangan dan eja nama cikgu tu. Cikgu tu cakap bagus dan terus tanya aku nak jadi ketua kelas tak apalagi terus angguk jela. Terima Cikgu Rosnah.  Ingat lagi nama dia sampai sekarang.

Tettt, lepas sepuluh minit ke macam tu lah, aku tengok Abah takde kat tingkap, nerves gila time tu aku pun ajak lah member sebelah cari abah. Pergi depan cakap kat cikgu nak pergi toilet padahal tapi entah camne cikgu tu dapat detect pulak aku menipu 'Awak nak cari Ayah awak ke? Dia tunggu awak kat kantin kot, sikit lagi nak rehat ni' Pandai dia psycho aku. Haha


Tapi yang hampehnya sepanjang aku jadi ketua kelas takde pun aku cakap 'Bangun semua, selamat pagi cikgu' Takde pun kitorang cakap serentak je. Yang nampak aku berkuasa sebagai monitor time tu bila beratur kat luar kelas je " Yang rendah kat depan' 'Angkat jatuh,luruskan barisan' dan masa cikgu tak datang duduk kat depan sambil catat nama student yang buat bising. Yang penting pilih kasih siapa yang rapat dengan aku, aku lepas gitu je. Hahaha, buruk benar perangai.  Gitu la serba sedikit pengalaman jadi ketua kelas ni. Akak harap adik-adik appreciate la masa sekolah ni. The best moment okay *Bukannya nak advice suruh study lol*

Until we meet again. Bye ! xoxo