Pages

Translate

Thursday, January 03, 2013

Ketua Kelas

Assalamualaikum *cuci sawang kat blog*

Lamanya tak update blog sebab takde apa yang menarik pun recently. Before that, ini adalah post pertama untuk 2013. Haruslah kena bermakna kan?


Semalam bebudak sekolah especially darjah satu dah start sekolah. Ingat lagi dulu masa darah satu, dengan keadaan yang awkward masuk la kelas abah pulak tunggu kat luar kelas. Sambil cikgu membebel kat depan mata aku memang statik dekat abah aku konon-konon bagi warning jangan pergi mana-mana sekali kelas ni tak habis. Suddenly, cikgu tu tanya 'Siapa boleh eja nama saya kat papan hitam ni' Masa tu guna papan hitam lagi uolss. Krikkk, keadaan semua senyap je. Aku fikir tak kan sorang pun tak boleh eja. Dengan confidentnya aku angkat tangan dan eja nama cikgu tu. Cikgu tu cakap bagus dan terus tanya aku nak jadi ketua kelas tak apalagi terus angguk jela. Terima Cikgu Rosnah.  Ingat lagi nama dia sampai sekarang.

Tettt, lepas sepuluh minit ke macam tu lah, aku tengok Abah takde kat tingkap, nerves gila time tu aku pun ajak lah member sebelah cari abah. Pergi depan cakap kat cikgu nak pergi toilet padahal tapi entah camne cikgu tu dapat detect pulak aku menipu 'Awak nak cari Ayah awak ke? Dia tunggu awak kat kantin kot, sikit lagi nak rehat ni' Pandai dia psycho aku. Haha


Tapi yang hampehnya sepanjang aku jadi ketua kelas takde pun aku cakap 'Bangun semua, selamat pagi cikgu' Takde pun kitorang cakap serentak je. Yang nampak aku berkuasa sebagai monitor time tu bila beratur kat luar kelas je " Yang rendah kat depan' 'Angkat jatuh,luruskan barisan' dan masa cikgu tak datang duduk kat depan sambil catat nama student yang buat bising. Yang penting pilih kasih siapa yang rapat dengan aku, aku lepas gitu je. Hahaha, buruk benar perangai.  Gitu la serba sedikit pengalaman jadi ketua kelas ni. Akak harap adik-adik appreciate la masa sekolah ni. The best moment okay *Bukannya nak advice suruh study lol*

Until we meet again. Bye ! xoxo

1 comment:

anis scha said...

Rindunya zaman sekolah T.T