Pages

Translate

Tuesday, January 17, 2012

Kenapa makan guna tangan?

Assalamualaikum,

So I did take a quite long pause before I wrote this entry. Almost 2 week I guess, hehehe busy sem baru ni.Dah 20 tahun dahhh! No more 'teen' kat belakang. Umur berapa? 20 dah kak, puluh tu. Bukan la nak cakap yang ada nombor puluh nampak tua sangat but then tak sangka dah jadi anak dara rupa nya. Boleh kawin dah haaa. 

Errrr, let's back to main topic. Kenapa melayu suka makan pakai tangan? Ehhh, kolot gila makan pakai tangan, disgusting euwww tak main la makan pakai tangan ni, so kampung tahu. I bet this situation memang ada kat dunia luar sana is it? Kalau ada orang tanya kenapa melayu ni suka makan pakai tangan korang bagi je jawapan ni. Jawapan ni aku dapat masa lecturer bagi soalan ni 'Why I eat using my hands' . Macam-macam jawapan yang ada. Quite interesting.

Pernah dengar cerita ni? Lebih kurang masa abad ke 19 kot.  Ada seorang pemuda ni asal dari Kedah tapi duduk kat Selangor telah dijemput oleh British Resident untuk menghadiri satu jamuan makan malam. Nak dipendekkan cerita orang lain semua makan guna sudu garfu but then dia guna tangan, so ada seorang wanita Inggeris ni rasa curious dengan kelakuan Tengku Kudin ni. Ouh ye tu nama pemuda tadi.





Wanita Inggeris : Kenapa kamu makan guna tangan? Bukankah guna sudu dan garfu tu lebih sopan dan bersih.

Tengku Kudin : Saya makan dengan tangan sekurang-kurang nya ada tiga sebab.
Pertama : Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu garfu sebab saya sendiri yang basuh nya bukan orang lain seperti mana sudu garfu di tempat makan.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya seorang saja yang mnggunakannya. Tiada orang yang pinjam tangan saya sedangkan sudu garfu itu ramai yang menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.


Bila difikirkan balik ada rasional nya cerita ni, aku rasa aku yakin tangan aku lagi bersih dari sudu garfu yang digunakan mungkin oleh ratusan orang yang mana was was tentang kebersihan sudu tu, betul ke cara dia basuh and etc.Bukan ni je kebaikan guna tangan ada lagi.

Kalau orang cakap nampak tak sopan kalau makan pakai tangan cuba tengok kat US misalnya diorang makan pizza, fried chicken semua guna tangan jugak kan. Setuju? So, takdelah rude pun kalau makan pakai tangan unless la korang makan mee sup ke. Tak kan nak hirup kuah pakai tangan pulak.



Berdasarkan kajian saintifik pulak, kebaikan makan guna tangan ialah kerana kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Em ni aku petik ja dari web kalau salah betulkan la.

Kalau sebut pasal culture pulak , every race have their own culture let say Chinese diorang makan guna chopstik is it? Then Malays makan pakai tangan, ini kerana logiknya tangan kita dapat rasa benda tajam. Kalau kita makan ikan guna sudu misalnya tak nampak ada tulang tajam yang halus tak pasal-pasal tercekik tulang. Hewhew. Then, kalau makan pakai tangan kita dapat rasa ke-nature-an rasa makanan tu tapi kalau pakai sudu rasa tu dah bercampur dengan elemen metal so that rasa tu kurang sikit.

Chicken and Broccoli Stir Fry

Ada orang cakap makan dengan tangan pulak cepat kenyang. Macam-macam lagi lah jawapan yang kitorang dapat dalam kelas tadi. The most importance thing kita ikut sunnah Nabi, rupanya ada sebab kenapa Rasulullah pakai tangan. Lepas ni kalau orang tanya kenapa makan guna tangan boleh la jawab yek. 

Soal kekotoran tu tak timbul sebab sebelum dan selepas kita akan basuh tangan bukan nye kita tak basuh kan. Tapi apa-apa pun it all depends on individual makan pakai sudu pun boleh ikut keselesaaan korang la. Haaa, jangan lupa makan guna tangan kanan dan baca doa makan before bersantap yeah!

Until then, have a nice day people .


14 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

kalau camtu baik makan guna tgn kan??xde org nak pinjam..ngaaahahahaha..

Cob Nobbler said...

Tangan adalah cutlery kita yang paling asas.

Orang yang hina tangan sendiri ialah, orang yang bangang.

haha!

Aflina Affandi said...

@rossa : Ahaaa, ada logiknya kat situ.

@Nami : Tu orang yang tak reti appreciate tangan sendiri. hewhew

Siti Safiyyah said...

ha'ah kan? tak terfikir dek akal pulak jawapan tengku kudin tu.. heheh

Aflina Affandi said...

@safiyyah : Awesome je jwpn dia. hehe

ahsfantasy24 said...

hehe, betul,
kita je yg guna then kita yang basuh :)
tapi pape pn kita ikut sunnah kan ^^

Aflina Affandi said...

betul , ada reason kenapa nabi makan guna tangan :)

Ain Atika Zailani said...

guna tangan la sedap..dorang x tau ape kebaikannya..

littledolphin said...

ini sangat menarik!

saya suka jawapan tengku kudin.kelakar pun ada.tapi rasional juga sebenarnya.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huhu prnah bca pasal tengku kudin tu n wat presentation pasal ni.. :D

Aflina Affandi said...

ehehe , hidup tengku kudin! *tetibaa

Edy Zaidi said...

guna tangan gak puas kalau makan kan..hehe

ayanuts said...

pakai tangan ni lagi byk khasiatnya utk bdn..nice entry :)

Aflina Affandi said...

yeah, pakai tangan lagi puas & jugak banyak benefit ^^