Pages

Translate

Friday, August 26, 2011

#Beza RAYA dulu dengan sekarang.





                                         


Assalamualaikum .

How's everything ? Excited nak prepare for Eid ? Rasanya semua dah start cuti kan and yeah I'm at home now!But feeling nak sambut raya dah kurang . Reasons? Maybe sebab dah besar kot. And yeah this time is the second time I celebrate Raya without nenek. Besides that , my aunt just pass away last two month. So, make a sense la yang feeling raya pun dah kurang. Now cousins pun semua dah besar & ramai yang dah ada anak So, faham-faham la,busy dengan family sendiri kan. Ehemmm , duit raya pun maybe dah kurang :/







BEZA PUASA DAN RAYA DULU VS SEKARANG .

1: Dulu , masa kecik selalu tolong ibu pergi hantar lauk kat jiran2 lain . Now, jarang dah budaya macam tu. Dulu masak 2 lauk pun dah cukup then kita tukar-tukar lauk gan jiran lain. Masa sahur pulak, jiran tolong kejutkan . If kitorang yang bangun awal tolong la kejutkan pulak. Sekarang mana ada macam ni. Banyak pergi kat bazar je kan .Suasana tu kurang la .

2: Raya dulu-dulu kalau budak-budak nak kutip duit raya bukan main lagi sopan. Bagi salam then bila tuan rumah ajak masuk makan or minum kita ikut je even dah penuh perut gi kutip raya padahal setiap rumah hidang benda sama je . Air sirap, air sirap. Takde air rebena ke air gas warna warni cam sekarang. Ha-ha
Dapat 50sen pun kira dah banyak dah, lepas tu tunjuk kat kawan-kawan lain. Konon dia la milionaire,simpan azam tu balik rumah nak beli bunga api. Bunga api dulu murah je tak silap aku 1rm tu boleh dapat seikat sekarang taktau la kan. Budak zaman sekarang style kutip duit raya dah advance. 'Assalamualaikum ! Kami datang nak raya tapi taknak makan' Perghhh! Bagi singgit siap komplen tu.




3: Dulu , lagu raya semua best-best. Sekarang lagu raya cam apa, rasa nak gelak kuat-kuat je bila dengar lagu raya yang versi rock , rapping segala apa tah. Habis spoil mood raya orang. But sure thing is , orang ramai pilih old classic punya lagu raya than yang latest ni kan.

4:Dulu open house kita combine sekali gan jiran-jiran yang dekat masak sama-sama. Serious syok, tapi aku tolong tengok jela. Nowadays, open house tempah catering la kan. Senang sikit bak kata orang. Makanan pun kadang-kadang ala western food but mostly tak banyak beza la juadah dulu dan sekarang.

5: Dulu nak wish hari Raya kat orang pakai kad, semangat kot beli kad raya yang cute-cute tu then bagi kat kawan.Kalau time tu dapat kar daya lebih dari orang lain memang bangga la kan.siap gantung kat dinding.Sekarang? Text jela yang mampu dapat pun. Tu pun 10 orang send Raya text yang sama je. Recycle text Raya each year. Copy paste sudah. Kan ? XD

6: Lastly , dulu hampir semua pasang lampu lip lap lip lap, pelita apa semua.Makin panjang lampu makin bangga kot. Mana nak main pasang lampu lip lap kecik. Tak nak kalah dengan jiran punya pasal.


So , anyone ada yang agree dengan statement ni. Siapa yang tahun 1992 ke bawah tu dapat la merasa apa yang aku rasa . Dengar kata tahun 1992 la tahun last budak2 make a common sense,. Yeke? Ha-ha. Yela , dulu kitaorang main Mario je kot.Sekarang korang macam-macam.*Tiba-tiba* Orait , time to pack the things. Btw, nak ucap selamat hari raya in advance .


SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI. MAAF ZAHIR&BATIN. HAVE A SAFE JOURNEY TO HOMETOWN . TAKE CARE GUYS ! :)




Image source : Tumblr

Tuesday, August 09, 2011

Note for all

Assalamualaikun and Happy Ramadhan :)

      Pernah dengar ayat ni ' Alah, chill la masa muda la nak enjoy couple dengan perempuan hot nanti nak kahwin aku cari la perempuan baik' I said this is TOTALLY RUBBISH. Why? The reasons aku update this entry sebab aku muak dah nampak those words. I mean diorang nak perempuan baik but at the same time cari perempuan lain just untuk enjoy. Aku tak cakap semua but ini semua apa yang aku nampak & dengar. Even , kawan lelaki pun pernah bagitau this things kat aku. Bukan sorang tapi ramai.

 Korang dah have fun dengan perempuan out there, then nak cari perempuan yang baik. That girl yang family dia jaga tingkah laku since dari kecil and yang terjaga maruah tak kan accept guys yang secondhand? Sorry, that maybe sounds rude but fikir la senang-senang enjoy kat luar dengan konon nya alasan perempuan seksi buat stok geli-geli then nanti nak kahwin cari perempuan baik bak kata orang sejuk mata memandang.

                                                   


Well , same goes to girl jugak. Impian nak cari future husband yang boleh membimbing ,yang boleh jadi imam and so on tapi kita kena usaha jugak baiki diri dulu.Ingatan untuk diri sendiri jugak :) Ni based on my opinion, sorry if ada yang terasa. But seriously memang aku pangkah this statement PEREMPUAN SEKSI UNTUK GELI-GELI , PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK BUAT BINI. Instead of cari diorang untuk buat stok geli-geli why not korang tolong diorang untuk berubah. Lagi bagus kan? Kalau ada yang tak agree with this post sila state your reasons yah .




Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Until then, have a nice day during this Ramadhan . Adios ~