Pages

Translate

Tuesday, December 20, 2011

Racist . Nude . Kampung

Assalamualaikum,


Korang marah bila kaum lain kutuk kaum sendiri, tapi sedarkah korang
yang kita ni sebenar nya me-racist-kan kaum sendiri.
Yes,kita yang sebenar nya menunjukkan kelemahan bangsa kita.

Selalu dengar ayat ni?

Melayu biasalah dengan hasad dengki

Benar kata Dr M melayu mudah lupa k tetiba masuk lagu ni

Pelajar melayu memang pemalas cikgu selalu cakap benda ni



Itu tak termasuk dengan klip 3gp melayu lagi. Bersepah, aku selaku bangsa melayu rasa sedih la tengok bangsa kita yang mundur macam ni. So, apa jalan penyelesaian nye? 1st thing stop saying melayu itu ini, kalau cakap benda positif sedap juga aku nak dengar.Ni semua benda negatif .

Semalam kak fynn jamal ada update status pasal nude photography. Ehh, kak Fynn nama kita sama!
Realiti yang berlaku di wall facebook aku disebabkan ramai photog dalam friend list.



Tak semesti nya kena mengena dengan entri kan kan.

Ada la sorang hamba Allah ni tegur kawan dia upload nude photo dengan alasan artistik yang tak bertamadun itu. Dia tegur cara elok yelah sesama saudara Seislam kan sah sah la kau shoot gambar bogel anak dara orang tu salah walaupun kau pertegakkan yang itu adalah konsep dalam seni. Sesedap rasa je kawan-kawan dia tu sound bro yang tegur tadi. Dia kata yang bro tu low minded. Hello,kau ke dia yang low minded?
Banyak lagi cara kau nak cari rezeki, shoot gambar katak pun lagi sedap mata memandang dari nude photo. Aku tak masuk campur sebab aku mampu membenci dengan hati je shame on me. Tapi aku dah unfriend dia. Mudah-mudahan takde lagi gambar bogel perempuan melayu dekat wall aku.Talent pun sama 2x5 je, kesian kat future husband tu free je public dah tengok badan korang tu .Berapa juta la agak nye diorang dapat sekali shoot tu.


Facebook memang banyak informasi tak lupa juga drama murahan.
Hari tu aku ada nampak seorang komen budak ni pasal orang Terengganu, dia cakap orang ganu kita ni orang kampung. Amboi bandar nyewww kau, report ustaz azhar kang.

Tahukah kah kau orang ganu yang kau label kampung tu lagi bandar dari kau sebenarnye mempunyai rata-rata pelajar yang otak dia lagi bertamadun dari kau. Keseluruhan keputusan UPSR,,STPM terengganu masih kekal nombor satu di Malaysia. Sedarkah kau terengganu salah satu penyumbang utama ekonomi dekat Malaysia. Marah la tau, kampung aku kat terengganu .

Tahu la duduk flat bertingkat-tingkat taksetaraf dengan rumah kayu ni .At least rumah kayu yang tepi pantai tu lagi besar tau, siap ada pantai lagi tak payah nak buat kolam renang.

Beginilah , kalau kau taknak orang kutuk kaum kau sendiri ,kau dulu yang kene buat perubahan.

Bumi Allah ni luas, tak payah la tangkap nude photo, banyak lagi benda boleh shoot.

Dan jangan la label sesuatu yang kau kurang pasti, kelak merana diri.


5 comments:

Jasmine_Tune said...

xde ke link gamba photo shoot bogel tu. nak la tau siapa photog & siapa model tersebut? ngeee...

Aflina Affandi said...

tak perlu aibkan orang .

Dayana AZ said...

haizz macam2 betul drama dunia akhir zaman ni kan. yg penting, bila kita sedar, kita berusaha untuk perbaiki diri :) jangan dua kali lima, nauzubillah.

AMEI said...

cicimei2.blogspot.com

Aflina Affandi said...

@dayana az : Betul , jangan 2x5 sudah.

@amei: gigihnya promote blog