Pages

Translate

Wednesday, December 07, 2011

Pengalaman di PLKN part 2



Assalamualaikum ,

So , sambung pasal kelas kan. Ahaa,to make it short ada 3 kelas tak silap aku sepanjang korang menetap di plkn ni . Kelas pembinaan karakter , kenegaraan & integrasi. Serious cakap pembinaan karakter lebih kurang macam budak sekolah rendah punya aktiviti. Tak tipu tapi best la if korang pandai nak memeriahkan kelas tu. Kenegaraan a lil bit boring meanwhile integrasi dia jemput cikgu dari luar untuk ajar korang for a week pasal budaya kaum2 lain. Menarik sebab aku boleh tau sedikit perkataan dari suku kaum Sabah dan Sarawak, pasal budaya kaum lain jugak macam Indian, Chinese .





Ni gambar yang sapa tag kat aku tah. Aku share kat blog ni tau. Sila lihat abang-abang botak yang bergaya





Tapi aku tak banyak tak join aktiviti kat sana sebab aku sebahagian dari kumpulan koir. Kira macam anak emas plkn la. Pasal kawad pulak lebih kurang sebulan je aku join sebab masa tengah riadah ada orang terpijak kaki aku then terkena pulak kasut boot .Pergh, sakit siot. Sampai kuku aku 'mati' alah yang kene cabut kuku tu. Doktor kat situ memang dah kenal dengan muka aku, hahaha. So, ada alasan la aku tak kawad padahal sakit seminggu je . Nampak kuku tu biru+hitam macam teruk sangat padahal biasa je, hewhew. Tapi aku minat kawad ni, sedih woo. Disebabkan aku pakai selipar tak boleh pakai kasut aku kena keluar dari berjuang demi kompeni. Sobsob



3 orang ni kesayangan aku kat dorm. Weyy, almost 2 years tak jumpa. Serious rindu korang, ouh chinese tu pulak classmate untuk kelas character building. Ramai lagi tau ahli dorm tapi gambar hilang :(


Ouh lupa, kita ada orientasi jugak ye adik-adik, kompeni aku dapat 1st place, kira bangga la sebab cheers tu aku reka dengan kawan aku. Nama warisan pun kitaorang yang bagi sebab time tu incharge untuk cari nama lain kompeni. Nak tengok bendera kitaorang? Kreative tau budak2 yang lukis ni.



Jurulatih nak bendera yang melambangkan 3 kaum utama . So, gabungkan naga+pelita+keris. Haha,1st intake ramai budak pandai2 woo.


Cakap pasal rules, kem aku sangat ketat compare dengan kem2 yang kawan aku dah pergi. Kem princess haliza lagi bias. Tak ketat pun rules mereka. Kat sini semua semua wajib pakai tudung tak kisah la kat luar korang free hair ke apa. Baju tak boleh pakai nampak shape. Pernah dulu aku hampir kena dende, padahal serious baju tu xde la ikut shape. Tapi terselamat dari kena denda pakai telekung sambil lari keliling bilik tv sebab ada latihan koir. Hahaha , aku tau ramai tak puas hati. Then, each time parents datang kalau ada bagi korang barang/makanan kena pergi check dulu. Tu kat kem aku la.


Sorry la gambar kena censored sikit, haha baju PT dia agak seksi sebab jenis melekat,tudung pulak kena masuk kat dalam. Ouh nampak pantai kat belakang? Hewhew

Paling tak boleh blah bila aku sebagai ketua dorm kena denda dengan kawan2 aku sebab tak tidur lagi pukul 12. Kena pumping weh 10 kali tak silap dengan semut api  nya lagi. Tapi lepas kena denda sibukdok gelak2. Ayat cikgu yang  denda aku tu fuhh memang best' Hah awak, ketua dorm pun perangai macam ni, kita harapkan dia, dia pulak yang buat hal' Nak diikutkan memang aku selalu kena sound pun.
Apa lagi nak cerita eh? Serious kalau nak diceritakan pengalaman sepanjang 3 bulan tu memang sampai part berapa tah . 

5 comments:

Juliet_iRa~" said...

seronok kan bila teringat kenangan2 indah ni..heee

Nasuha Suhada said...

best la boleh pergi PLKN, akak dulu tak dapat pun..

Saiazuan said...

zuan tak merasa pn plkn.. bertuah la siapa yg dpt g :D

Hafiza Izati said...

Tak sabar nak pergi 2 Mei ni :)

Anonymous said...

Boleh free hair ke time plkn ni?