Pages

Translate

Friday, December 23, 2011

Cara-cara nak 'tegur' perokok dengan berhemah.

Assalamualaikum ,

Isu rokok dari dulu sampai sekarang memang tak kan habis. Memang susah nak suruh perokok stop aktiviti tak bertamadun tu. Tak kisah lelaki atau perempuan. Lucky me , ahli keluarga tak de yang merokok.

"Biarlah aku nak merokok pun, bukan guna duit kau"


"Bukan menyusahkan kau"


TAK SUSAH ?


Sebenarnya orang tak kisah mana pun kau nak merokok ke apa.
Tapi asap rokok tu yang buat orang kisah. Bahaya untuk kitaorang yang menghidu asap rokok.
Tak kan kau expect orang tu nak tahan nafas selama kau tengah hisap rokok kot.
Okay fine , aku bukan nak bebel pasal bahaya rokok tapi cara nak kasi hint kat perokok.
Kalau tak faham jugak nampak sangat errr .....


1. Buat-buat cakap dekat phone pasal assignment or fakta tentang bahaya nya asap rokok pada orang awam.

2.  Kalau masa tu ada orang merokok dekat dengan  kau , buat-buat la 
jatuh ke sawan sambil cakap ' aku alergic dengan asap rokok'. 


3: Menyanyi lagu tak nak merokok ramai-ramai atau pun secara individu. Kan ada lagu tak nak merokok tu.Sila google kalau tak tahu.




4 : Mengeluarkan bunyi tak senang dengan bau asap rokok dan buat-buat batuk secara extreme 
sambil tangan mengipas udara.

5: Untuk perempuan yang mengandung sila mengusap perut dan menyuruh anak dalam kandungan bersabar pada bau rokok.

6: Sila buat simbol tak nak merokok kepada perokok yang berdekatan. Jangan risau untuk mengambil risiko melakukan simbol tu, ye ini kerana kita mempunyai hak . Aicehh



Pesanan manja untuk perokok di luar sana, kalau tak nak berhenti merokok sila merokok di kawasan yang takde kehidupan yakni jangan membahayakan manusia, tumbuhan , haiwan dan tidak lupa jangan mencemarkan udara. Sekian terima kasih.



2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

bla dorg merokok kt tmpt awam ni, kte yg sesak dada..

keindahan Hidup(faizul) said...

bt2 tutup hidung ..haha
nice post