Pages

Translate

Wednesday, December 07, 2011

Bukan gangster cuma nakal

Assalamualaikum ,

Nak diikutkan aku dari kecik memang kasar sikit. Membesar di flat tentera udara bersama-sama jiran yang rata-rata mempunyai anak lelaki. Petang-petang main bola dengan diorang, softball antara feveret kitaorang yang mana hanya gunakan selipar dan kayu yang kutip  entah dimana. Kebanyakan dari diorang muda dari aku, kira kak long kawasan la kot. Hewhew, balik kampung pun sama gak. Sepupu aku kebanyakan nya lelaki so memang tak de la istilah nak main masak-masak ke apa.

Mak aku pulak selalu beli gaun , pernah sekali tu aku pakai gaun pergi kelas habis diorang gelak. Cam ni lah, sobsob budak perempuan lain pakai takpe. Until la aku darjah 4 aku selalu gaduh dengan satu geng lelaki ni kat kelas. Peperangan ini berlanjutan sampai aku darjah 6. Tak silap aku, ada la 4 orang budak lelaki pernah nangis pasal aku.



Kes 1 : 
Dia ejek aku ,biasalah budak-budak perang mulut je tau. Aku geram aku tolak la dia kat dinding. Prappp, sekali terkoyak baju dia kena paku. Duhh, habis aku, Mak dia dah la cikgu, kitaorang pulak pengawas. Mak dia datang ambik dia sebab ada budak mana tah report then habis dua2 kena marah. Aku sampai tak pergi rehat sebab takut kena marah dgn mak dia. Tau pulak takut kan. Dia pindah masa darjah 5, lost contact then 2010 jumpa balik kat facebook. Yaww Aiman, sorry la baju kau terkoyak dulu.

Kes 2 : 
Masa rehat dekat fardu ain, tengah syok-syok aku dok bersembang ada sorang budak ni pakat dok kacau kawan aku, Nadiah. Dia lagi la ganas dari aku. Sekali cubit semiggu tak hilang, habis budak laki tu kena kejar dengan dia. Aku nak tolong kawan aku tu tangkap budak tu so tutup la pintu halang dia masuk , Panggg! Pintu tu terkena pulak kepala dia terus tersembam kat meja dah tu bukan nak bangun buat2 macam pengsan pulak. Aku mula cuak dah sebab budak laki agak gangter la dulu. Tuptup , dia mengamuk habis sepak kerusi meja, aku buat je la muka toye. Haha, sorry Azim.

Kes 3 : 
Disebabkan aku banyak cakap, aku kena pindah duduk depan meja cikgu. Belakang aku pulak ada lelaki, entah kenapa lelaki suka anti aku *perasan*. So, aku memang selalu perang mulut dengan diorang , One fine day*eceh* aku ejek apa tah kat mamat ni sampai dia menangis. Sekali bila cikgu masuk kelas dia tak berhenti nangis, aku dah start cuak dah. Mujur takde pape, esok nya aku pergi kelas macam biasa check kamus masa kelas BI then sekali tu ada 'lukisan yang kalah Leonardo da Vinci' siap ada nota kaki tu
p.s : tengok muka surat 58 padan muka. Pergh, memang cari pasal. Haha, sorry firdaus.


Pemadam pun nak berkira, kadang-kadang orang lain yang buat aku pulak kena tuduh. Cam ni la kawan


So , nama aku makin meniti di mulut bilik guru bila naik darjah 6, sejak tertubuh nya geng Boyot. Sebab apa nama tu? Ingat tak movie Afdlin Shauki yang tajuk Buli tu? Disebabkan nama aku Aflina then hobi aku suka menyakat orang wujudlah nama tu. Dan aku bukan la pengasas kumpulan ni, kwn aku yang mula2 create, semua sekali ada 8 orang termasuk aku. Haha siap ada presiden,bendahari, ajk2 . Buku log aktiviti mangsa buli. Pernah sekali tu geng kitorang main bola dalam kelas tiba-tiba guru besar masuk boleh dia bandingkan kitaorang dengan beruk. Mencik la macam ni. Haha, serious ni semua aku tak pernah lupa. Hope one day nanti kite boleh reunion balik. Nak jadi budak sekolah rendah balik memang la mustahil.




Nakal tak bermaksud jahat 

2 comments:

Juliet_iRa~" said...

nakalnya!heee


tp bila kenang blk mcm kelakar kan..hehehhee

A retarded kitty said...

pergh!

*komen lebih2 takut kena buli

kekeke