Pages

Translate

Friday, August 26, 2011

#Beza RAYA dulu dengan sekarang.





                                         


Assalamualaikum .

How's everything ? Excited nak prepare for Eid ? Rasanya semua dah start cuti kan and yeah I'm at home now!But feeling nak sambut raya dah kurang . Reasons? Maybe sebab dah besar kot. And yeah this time is the second time I celebrate Raya without nenek. Besides that , my aunt just pass away last two month. So, make a sense la yang feeling raya pun dah kurang. Now cousins pun semua dah besar & ramai yang dah ada anak So, faham-faham la,busy dengan family sendiri kan. Ehemmm , duit raya pun maybe dah kurang :/







BEZA PUASA DAN RAYA DULU VS SEKARANG .

1: Dulu , masa kecik selalu tolong ibu pergi hantar lauk kat jiran2 lain . Now, jarang dah budaya macam tu. Dulu masak 2 lauk pun dah cukup then kita tukar-tukar lauk gan jiran lain. Masa sahur pulak, jiran tolong kejutkan . If kitorang yang bangun awal tolong la kejutkan pulak. Sekarang mana ada macam ni. Banyak pergi kat bazar je kan .Suasana tu kurang la .

2: Raya dulu-dulu kalau budak-budak nak kutip duit raya bukan main lagi sopan. Bagi salam then bila tuan rumah ajak masuk makan or minum kita ikut je even dah penuh perut gi kutip raya padahal setiap rumah hidang benda sama je . Air sirap, air sirap. Takde air rebena ke air gas warna warni cam sekarang. Ha-ha
Dapat 50sen pun kira dah banyak dah, lepas tu tunjuk kat kawan-kawan lain. Konon dia la milionaire,simpan azam tu balik rumah nak beli bunga api. Bunga api dulu murah je tak silap aku 1rm tu boleh dapat seikat sekarang taktau la kan. Budak zaman sekarang style kutip duit raya dah advance. 'Assalamualaikum ! Kami datang nak raya tapi taknak makan' Perghhh! Bagi singgit siap komplen tu.




3: Dulu , lagu raya semua best-best. Sekarang lagu raya cam apa, rasa nak gelak kuat-kuat je bila dengar lagu raya yang versi rock , rapping segala apa tah. Habis spoil mood raya orang. But sure thing is , orang ramai pilih old classic punya lagu raya than yang latest ni kan.

4:Dulu open house kita combine sekali gan jiran-jiran yang dekat masak sama-sama. Serious syok, tapi aku tolong tengok jela. Nowadays, open house tempah catering la kan. Senang sikit bak kata orang. Makanan pun kadang-kadang ala western food but mostly tak banyak beza la juadah dulu dan sekarang.

5: Dulu nak wish hari Raya kat orang pakai kad, semangat kot beli kad raya yang cute-cute tu then bagi kat kawan.Kalau time tu dapat kar daya lebih dari orang lain memang bangga la kan.siap gantung kat dinding.Sekarang? Text jela yang mampu dapat pun. Tu pun 10 orang send Raya text yang sama je. Recycle text Raya each year. Copy paste sudah. Kan ? XD

6: Lastly , dulu hampir semua pasang lampu lip lap lip lap, pelita apa semua.Makin panjang lampu makin bangga kot. Mana nak main pasang lampu lip lap kecik. Tak nak kalah dengan jiran punya pasal.


So , anyone ada yang agree dengan statement ni. Siapa yang tahun 1992 ke bawah tu dapat la merasa apa yang aku rasa . Dengar kata tahun 1992 la tahun last budak2 make a common sense,. Yeke? Ha-ha. Yela , dulu kitaorang main Mario je kot.Sekarang korang macam-macam.*Tiba-tiba* Orait , time to pack the things. Btw, nak ucap selamat hari raya in advance .


SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI. MAAF ZAHIR&BATIN. HAVE A SAFE JOURNEY TO HOMETOWN . TAKE CARE GUYS ! :)




Image source : Tumblr

1 comment:

alia zainol said...

nk blk kg dh eh? selamat hari raya :)